kenapa entry harini pasal kerepek bawang?
satu sebab yang pasti sekarang tengah makan kerepek bawang ni so bila makan kerepek otak jadi merepek! bhabha..
sebab yang tak pastinya pulak tengah takde idea nak tulis pasal ape... bukak blog konon nak update last last idea pon tak keluar..
just nak share something sambil sambil tengah makan kerepek ni kan.. sebenarnya sem 3 ni adalah sem di mana jadual kelas aku yang sangat pack dari isnin sampailah rabu.. 3 hari je pon kan tapi kecoh yang amat.. hahahaha... hey! korang tau tak 3 hari tu adalah hari di mana aku akan jadikan cafe tu sbagai rumah kedua.. mana taknya dari pagi sampailah ke malam aku ada dekat kolej.. hailah nasib..
tapi yang bestnya hari khamis dan jumaat..khamis kelas satu je tu pon malam..tapi start dari pukul 11 lagi aku dah kene ade dekat kolej.. banyak tanggungjawab yang kene jalankan..busy katakan hehehe.. pukul 11 pagi sampailah pukul 2 petang aku akan jaga kiosk mpm.. pukul 2 petang sampai 5 petang dan kalau malam tu ade kelas aku akan stay sampailah kelas start.. yang bestnya lagi satu sem 3 ni banyak yang harinya cuti hari khamis so kalau takde pape khamis tu jugak dah cabut balik rumah..
sape yang tak nak balik kan.. cuti lama tu.. banik balik habiskan masa tengok mana mana cerita korea yang dah rekod tu..lepas tengok aku delete.. heaven tau duduk rumah ni.. makan, tido, tengok tv..oklah kot entry kalini.. nama pon takde idea kan tu yang banyak merepek.. tengoklah dulu kalau ade masa aku update banyak banyak..kalau tak fahamfaham sendiri ok.. bye korang..
assalamualaikum..
Jumaat, 23 Januari 2015
Rabu, 14 Januari 2015
REDHA ITU INDAH
Apa tu redha?
Redha tu mlepaskan sesuatu dan tidak merasa berat untuk
melepaskan barang atau sesuatu perkara.
Redha ada macam2 jenis..
Antara redha yg dah aku belaja ialah redha dengan apa orang
dah buat dengan diri kita.....
Maksudnya disini, bila seseorang tu melakukan sesuatu
perkara yang boleh membuatkan kita rasa sakit hati, tak senang duduk dan
sebagainya dan bila kita menyerah segalanya kepada Allah dengan tidak membalas
segala perbuatan yang x baik tu pada orang yang dah benci kita...maka Allah dengan
mudahnya akan memberikan kita kebahagian. Kalau kita sakit hati dengan
seseorang tu tapi bila kita balas balik perbuatan yang sama macam mana kita
terima tak semestinya hati kita akan puas..akan berasa puas tapi tidaklah rasa
puas tu akan berkekalan . membalas dendam tu kan x elok diamalkan..nanti bila
kita balas dendam ibaratnya kita sama je dengan mereka yang buat kita...
Bila kita redha dan serah segalanya kepada Allah kelak Allah
akan berikan kita rasa bahgia yang berpanjangan..takdelah kita rasa tak senang
duduk je… allah ni maha kaya dan maha adil.. yelah dia bagi ujian dekat kita
tapi dia akan menggantikan ssuatu yang lebih baik bahkan mungkin indah..bila
kita terima sesuatu dugaan kita kene redha.. dalam bab yang aku cakap kita bab
orang amik kesempatan dalam kesulitan..biarlah dia nak buat apa atau apa
yangberlaku atas diri kita janji jangan balas dendam.. kifarah tu ada untuk
mereka yang suka menganiaya dan ingat doa orang yang dianiayai akan termakbul..
Redha yang kedua di mana tidak melibatkan sesiapa tetapi
diri sendiri.. baru je berlaku dalam diri.. bila kita mempunyai niat yang baik
tetapi bila Allah sudah tulis bukan rezekinya maka bukanlah..walau macam mana
nak elak sekalipun tetap tak boleh..Allah kan maha kuasa..dia tahu apa yang terbaik
untuk hambanya dan lagi satu Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak
mampu untuk menanggung ujian tersebut.. dan ujian tu kan tanda Allah sayangkan
kita.. ujian ni sebenarnya Allah rindu nak dengar suara kita mengadu padaNya.. bila hati sedih mengadu padaNya.. Allah sentiasa ada untuk kita...
So bersangka baiklah dengan apa yang terjadi maka hati kita
juga akan berasa tenteram dengan segala yang berlaku..
just got this idea while hati ni sedih but redha jelah kan..insyaallah ade rezeki lain.. rezeki Allah kan luas.. oklah night.. esok esok update entry baru k..
assalamualikum
Langgan:
Catatan (Atom)