Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2013

April Fool : Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

haish pejam celik pejam celik pejam lama mata tu..hahahaha..ok gurau manja manja je  ^_^...apa yang aku nak sampaikan ni ada kene mengena dengan awal bulan 4  ataupun lebih dikenali sebagai 'April Fool'..bila entry ni post je maksudnya haritu adalah april fool...korang semua tahu kan april fool tu ape? ok tak apa biar aku explainkan ebih detail lagi pasal april fool...april fool ni biasanya disambut pada 1 april..setiap tahun...ada tak dekat sini yang tak pernah kena april fool atau mengenakan orang dengan appril fool ni? hahaha mesti mesti semua pernah..hah jangan nak membongak...tipu dosa tau.. hehehe...

dolu-dolu (dulu-dulu) kan nak nak lagi time sekolah rendah selalu sangat terkena..memang selalu sangat jad mangsa dan kadang kadang tu aku lah pemangsa..ye lah selalu sangat kene kan so time tu lah nak balas dendam balik dekat orang lain....masa kecik kecik april fool ni hanyalah sebagai gurauan..tak tahu pape pon..apa yang aku tahu orang kenekan aku so aku pon join sekali untuk kenekan orang balik...

"ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)"

tapi bila dah meningkat remaja barulah aku tahu ape sebenarnya sejarah berkaitan dengan april fool ni...kalau korang masih tak tahu lagi sebenarnya april fool ni tak elok nak diraikan...ni semuanya disebabkan


Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian pujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

 Tidak Layak Dirayakan

 "peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi."

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. 

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

“The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


jadi dengan penerangan yang panjang berjela tu diharapkan korang semua faham kenapa april fool ni tak layak disambut...sama-sama kita insafi diri ini..

thanks for reading this entry 


Ahad, 24 April 2011

::kesayangan hamba::

assalammualaikum...

minggu adalah minggu yang agak sedih bagi aq...kebanyakkan wajah-wajah kesayangan hamba telah pergi dari kami sekeluarga...

mula-mula 17.4.2011 berry mati..19.4.2011 black dan 22.4.2011 tom plak yang mati..semuanya mati dalam minggu yang same..cume jarak mati selang 2 hari...masuk 20.4.2011 genap lah 3 minggu aq bela diaorang...tapi hanye tom je yang sempat sampai 3 minggu 2 hari....

mase berry mati...aq x perasan sangat...tapi bila je aq pegi kat sangkar q tengok badan berry dah kejung..perut die pon dah kembung...dah macam bola pingpong...aq ingatkan berry mati disebabkan salah aq sebab pade malam sebelum die mati...aq x bagi die susu...dah abis dah air mate aq...aq rase takot sangat time tu..tapi pikir mungkin sebab perut berry banyak cacing tu yang die mati...


selang 2 hari black pulak yang mati...time ni aq perasan..mase tu aq tengah sidai baju...suare yang mengiau tu lemah sangat...aq chek aq tengok nasib black sme dengan nasib berry...pade mase black mati tu..aq tengok  memang dah x bermaya sangat..aq terus amik susu dan bagi tom minum..itupon tom x nak minum...tapi pakse die jugak..dalam pukul 4 petang along, vive aq bawak la tom pegi klinik haiwan..doktor hanye bagi tom ubat cacing je..time tu die dah bermaya...tapi die tetap gak x nak minum susu...mase hari khamis tom ulang balik dalam keadaan die yang x bermaya tu...aq teruskan gak bagi die susu..nak suruh die bermaya...alhamdulilah dari die x jalan dah boleh jalan...

tapi time jumaat pagi suare die memang dah bermaya sesangat...bagi susu pon x nak layan..last-last dalam pukul 9 pagi tom pon ikut jejak langkah black dan berry...x cukup dengan itu,aq dapat berita yang memeranjatkan..noning aq cedera teruk..dengan muke dan hidung die yang berdarah...kalau diingat balik la...memang kesian kat noning....die kene langgar..aq x tahu sape yang sanggup buat noning macam ni..abis semua gigi die x de...sampai skunk die x makan dan minum...noning terbila terseksa bila nak makan..die nak makan pon x jadi bila die tahu yang die susah sangat nak makan...ape yang die terdaya buat hanya tengok dan tenung makanan yang ade dekat depan die...terseksa sangat....

contoh bahagian yang cedera..

korang jangan risau..gambau ni aq amik kat google..aq nak tunjukkan bahagian-bahagian anggota noning yang cedera...noning masih lagi mampu berjalan...cume noning tidak mampu untuk makan dan minum...kalau noning tido pon air liur die akan terus meleleh...nak tido pon susah...
kepada noning yang tengah sakit..jangan risau yea sayang...kami sentiasa ade dekat dengan noning...cepat sembuh yea..nanti boleh makan banyak-banyak...untuk black berry dan tom..jangan risau..walaupun ko x de lagi dengan aq..hati aq sentiasa ingat kat ko...

yang ni warning kepada yang langgar noning...kalau aq dapat ko...aq akan buat balik ape yang ko dah buat dekat noning aq...jangan ingat ko boleh lari dari aq...aq doa dekat Allah s.w.t semoga ko yang buat noning aq macam ni akan dapat ukuman yang setimpal dengan ape yang ko dah buat...

"kepada pembaca sekalian...jangan anggap haiwan-haiwan yang ade dekat dunia ni..korang boleh buat sesuka hati..ingat haiwan pon ade hati dan perasaan..kita dikurniakan akal fikiran..janganlah berfikiran seperti binatang..sesungguhnya mnusia itu lebih tinggi darjatnya daripada binatang..kalau korang buat x baik kat haiwan..nanti dekat akhirat haiwan-haiwan ini semua akan tuntut balik ape yang ko dah buat kat diaorang mase didunia...."

ok lah nak sambung nangis balik ni sebab nak bagi noning minyak gamat... da ~

(*_*)


Rabu, 13 April 2011

::chacha ade 3 juta::

assalammualikum..

hahaha..sengal dah datang ni...tajuk entry hari ni saje je letak..x tau ak letak ape...niat bukan nak menunjuk..tapi memang kenyataan..aq ade 3 juta...bukan rupiah...tapi USD...hahaha...amacam?kaya kan...





semuanya hanyalah hayalan belaka..kecian korang semua kalau percaye...hahahaha...duit tu semua dapat sebab main online game..kikiki...semuanya aq main kan dalam fb ni la...









dengan game ni la aq dapat 3 juta lebih...hahaha...dah nak masuk 5 juta..tapi x nak la gebang..kunk cakap belagak...x pe-xpe..aq still ade rasa rendah diri..tu sebab tulis 3 juta je...

itu hasil usaha x tido sebab nak main gae ni semua..kadang-kadang tu sanggup x makan dan x mandi la sebab nak dapatkan bonus...kadang-kadang rase macam sengal pon ade...hahaha...tu semua dulu la..skang ni aq dah x main dah..dah malas nak bersengkang mata nak main game ni semua...bagi aq bile je aq dah jadi no 1 dalam carta game-game ni semua dah cukup..x yah nak kejar..bukannya dapat duit betul-betul pon...kalau isi masa lapang boleh...

so enjoy...(^_^)

Khamis, 24 Mac 2011

::syukur::

assalamualaikum...




hari ni dah masuk 3 hari aq dapat keputusan spm...aq nak post entry ni awal-awal..tapi aq kurang yakin sikit...maklumlah...keputusan x seberape..tapi aq bersyukur sesangat..sekurang-kurangnya x de la kepuusan aq ni teruk sangat...bile dengar dari kawan-kawan aq yang kurang berjaya ni...barulah aq menghargainya...

seperti biasa kalau ade anak buah,jiran x pon sedara mara yang ade amik pekse macam spm,pmr dan upsr..mesti je talian kat rumah x pon handphone akan jadi buzy..x pon ade yang datang sendiri kat umah nak tanye result yang kami dapat...hahaha...sampaikan aq cakap kat mak dan along yang 

"kalau orang cari chacha..cakap yang chacha kat dalam toilet"...

hahaha..macam tu punye alasan aq sanggup bagi..yea la..keputusan dah la x bape bagus..x kan la nak jawab semua panggilan....x ke malu nanti?daripada aq malu sendiri baik aq bagi alasan..sekurang-kurangya mereka-mereka yang nak tahu keputusan aq tu x tahu dari mulut aq sendiri...kikiki (idea macam penyapu)

ayat yang masih tergiang-ngiang kat teliga aq ni

"cik b..tahniah...ok ape..dari chacha x de A..sekurang-kurangnye dapat jugak...setimpal ape dengan usaha yang chacha dah buat...chacha x bazirkan duit mak gan babah...berbaloi lah tu...chacha x yah risau pasal ni semua..rezeki nak belajar ade je kat mane-mane...cube lah mohon IPTA x pon IPTS..same je...chacha tengok abang ngah..belajar x pandai pon...tapi tengok hidop abang ngah sekarang..senangkan..x semestinya orang yang pandai akan hidop senang dan x semestinya orang yang x pandai hidop susah..zaman sekarang ni tu semua x penting..yang penting pandai hidop..tu je.."

itulah ayat yang paling aq x leh lupe...yang ni abang ngah aq sendiri yang cakap dengan aq...mule-mule aq rase macam malas nak cakap dengan die..tapi pikir-pikir balik..die abang aq..die berhak tahu keputusan aq..aq ingatkan die nak membebel kat aq..rupe-rupenye x...die lagi bagi semangat kat aq ni...sebelum aq cakap dengan abang ngah..aq dah melalak dulu...yea la..aq x dapat ape yang aq target selama ni..aq over confident...time tu memang frust sangat...tapi lepas je dengar ape yang abang ngah bagitau tu..semangat aq terus je datang...

yea...sepatutnye aq bersyukur...bukan hanya tahu duduk dan merenung masa silam...aq sepatutnya buka buku baru dan lupe kan buku lama...yang paling aq rileks mase babah sendiri ucapkan tahniah kat aq...aq x tahu ape maksudnya...tapi bile aq nampak je senyuman kat bibir babah tu..aq betul-betul lega..impian untuk aq melihat senyuman kat bibir babah berjaya...walaupun aq tahu keputusan tu tidak memberangsangkan... tapi cukuplah hanya dengan senyuman....



p/s: thanks abang ngah kembalikan semula semangat chacha...


Selasa, 22 Mac 2011

::kasih bapa::

assalamualaikum...

'kasih ibu berkorban apa sahaja..kasih bapa membawa selamanya'...

pena dengar x pepatah yang kat atas ni?aq pon sebenarnya baru je dengar n aq tertarik dengan pepatah ni...entry ni sebenarnya dah lama dah aq nak tulis...tapi aq ni asyik-asyik lupe je....tu yang hari ni baru nak masukkan...

aq rase kisah yang aq nak tulis ni menunjukkan betapa kasihnya seorang ayah kepada anak-anaknya...dan pepatah kat atas tu memang aq sokong 100/100...aq tahu x semua orang dapat merasa kasih sayang daripada ibu atau bapa...tapi aq amat-amat bersyukur kerana aq dapat merasainya....

babah aq selalu sampai dari tempat kerja dia ke rumah petang..dalam pukul 5..x pon 6..tempat kerja babah aq ni bukanya dekat pon dengan rumah aq...setiap hari dia akan bagun pukul 5 pagi untuk bersiap sebelum pergi kerja..

korang semua tahu kan aq ade tulis entry yang pasal aq demam...klu x caye t check entry ni ::mungkin::....
pada malam aq demam tu..aq dengan buat muke seposen aq ni..aq pegi la duduk baring kat atas riba babah..aq bukan nak soh buat ape..aq saje-saja nak baring..dah lame x buat...tapi masa aq baring tu ade gak la aq merengek-rengek kat babah aq tu...yea lah..demam...macam-macam kerenah la...hihihi..cian babah aq...
tanpa disuruhkan..babah aq pegi urut kepala aq ni....babah genggam tangan dia kat rambut aq lepas tu dia tarik dan babah buat berulang-ulang kali...ade gak babah picit-picit kepala aq ni...

masa tu memang best!!!babah layan aq je...hihihi..bukan segaje ok...tapi itulah kasih seorang ayah kepada bapanya...tidak sanggup untuk melihat anaknya menderita...dan alhamdulilah..lepas je babah buat macam tu kat aq...esoknya tu aq da sihat...cume sampai sekarang batuk aq ni x bape nak ok lagi...dah macam-macam ubat makan..x nak bla jugak...

p/s: thanks babah urut chacha...luv u bah!!

Khamis, 17 Mac 2011

::hero::

assalammualaikum...

entry ni aq tujukan kepada adik aq....dia ni lah yang telah menjadi hero kat umah aq selama aq ni demam...
hehehe.....abis kesian dia kene buat semua kerja rumah...aq bukan malas x nak buat ni semua...tapi aq dah amik 'mc' dengan mak aq..tu yang nak cuti jap....kikikiki....

sebenarnye aq 'cuti' ni pon sebab aq demam...kat umah aq ni x de sape-sape...tu yang adik aq kene gak buat kerja ni semua walaupun x rela....
"sekurang-kurangnya kan ko dah praktis macam mana nak wat keje ni semua bila aq x de nanti"....

p/s:thanks adik...ko da buat ape yang sepatutnya ko buat..thanks gak sebab tolong mak..
549 n 143 dik..muahxx!!