Selasa, 13 Ogos 2013

0308 happy birthday to me

assalamualaikum..

maaflah kepada pembaca blog ni sebab dah lama bebenau tak diupdatenya blog ni..ini pon kalau tak di asak (suruh) memang taklah ada entry baru ni..sebenarnya bukan tak nak update tapi 'masa mencemburui' hahahaha...sebenarnya tak ada kene mengena langsung pon..

so apa kata kita start story morry kuih merry..hehehehehe...

kalau korang baca pada tajuk pon mesti dah boleh agak kan?hehehehe..'happy birthday to me' to sebenarnya dikhususkan untuk diri aku sendiri..almaklumlah kata tuan punya blog tak kan ade orang lain pulak yang updatenya...

tahun ni aku teramat amatlah gumbira a.k.a gembira..ooohhhh sebelum aku lupa..kenelah bagitau details kan pasal empunya birthday tu..tahun ni sebenarnya umur aku dah mencecah 20 tahun..satu angka yang sukar dipercayai..yelah selama ni kan jadi belasan tahun je..tibe tibe jadi puluhan tahun pulak...bila dah jadi puluhan ni maknanya aku ni dah dewasa..babah cakap umur je besar tapi perangai still macam budak budak...hehehehe..welll tua pada umur saja bukan pada perangainya...ehehehehe

sebenarnya aku lupa nak bagitau yang majlis berbuka puasa ni dengan sambutan harijadi aku ni buat dekat mana..so sebelum terlupa lets me tell you..majlis ini semua diadakan di Hotel Holiday Inn Melaka..hehehe..dah alang-alang sebut kan baik aku cerita..hospitality dekat hoel ni sangatlah awesome ok..makanan yang disajikan tentulah sedap..lepastu banyak pulak pilihan..cakap je nak makan ape..grill,nasi,soup,desert semuanya ada..sampaikan masa berbuka puasa tu tak taulah nak start makan yang mana dulu..rambang mata beb nak pilih juadah ni semua...kalau cerita pasal harga rasanya jangan risau kot...sangat sangat sangatlah berpatutan..kalau tak berpatutan tak akanlah ramai yang dah booked..bu the way selamat mencuba ok ^_^

rasanya tahun ni dah masuk 2 kali rasanya aku celebrate birthday dalam bulan ramadhan..tahun lepas tak semeriah dan segrand tahun ni..yelah tahun lepas biasa biasa je..tahun ni sebenarnya aku tak expect pon celebrate dekat hotel...mana taknya babah dekat sabah call bagitau yang nanti 3.8.2013 buka and celebrate birthday aku dekat hotel...masa babah bagitahu tu pon aku dah excited tak kanlah masa celebrate tu tak...kalau aku rasa biasa biasa tu bukanlah namanya shacha ok..time birthday aku tu babah dah start cuti..sebab tu plan awal awal..2 minggu sebelum birthday aku babah dah bagitau..yelah supaya semua family aku dapat berkumpul sama-sama..

yang menjadi persoalannya sebelum bithday aku tu aku ada test jpj..andai katalah time tu aku tak lulus tak ke nanti time celebrate birthday tu aku monyok je..tentu tentulah tak ada mood..tapi syukur alhamdlilah sebab aku lulus jpj sekali je..so masa tulah 'best birthday gift ever' yang aku buat untuk diri aku sendiri..bolehlah kan aku celebrate sakan?hehehe..

by the way sebelum apa yang terjadi aku nak say thank u so much haruslah dekat babah sebab dia yang plan semua ni kan?..yang keduanya kepada semua ahli keluarga hj.Mohd Bazain yang sanggup balik melaka berkumpul ramai-ramai untuk majlis hari jadi ni dengan berbuka puasa bersama-sama...tentulah salute sebab mase celebrate tu tinggal lebih kurang 6 atau 5 hari je sebelum raya..hehehe

nak tambah sikit..sikit je lagi ni..tak banyak pon lagi..nak bagitau ni yang tahun ni ade pertambahan seorang lagi ahli baru dalam family aku..iaitu darrell..rasanya entry yang lepas lepas dah story kot pasal dia...masa birthday aku tu darrell ada sekali..masa tu dia baru je masuk 7 bulan..so sekali lah..hehehe..comel sangat..nanti tengoklah gambar gambar..nanti korang tengok betapa cutenya dia..

penat dah aku 'ngoceh' (membebel)..so apa kata korang semua tengok je gambar-gambar yang sentap aku tangkap..betapa happynya aku time tu uollzzzz


my babah and my mama 


me as the birthday girls :)


siblings 


anak dara en.bazain yang hotssss


yang tengah tengah tu apiz..anak angkat babah dan kawan kepada abang quore...dia pon join sekali untuk memeriahkan susana pada masa tu 



bongsu dengan along


baby darrell with mummy long


baby darrell with ahjuma


rasanya cukup kot story..hope korang semua enjoy and have fun dengan entry yang baru ni...

p/s : pecah kaca pecah gelas,
       dah baca harap tinggalkan komen ^_^

                                                                                                                            XOXO








Isnin, 1 April 2013

April Fool : Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

haish pejam celik pejam celik pejam lama mata tu..hahahaha..ok gurau manja manja je  ^_^...apa yang aku nak sampaikan ni ada kene mengena dengan awal bulan 4  ataupun lebih dikenali sebagai 'April Fool'..bila entry ni post je maksudnya haritu adalah april fool...korang semua tahu kan april fool tu ape? ok tak apa biar aku explainkan ebih detail lagi pasal april fool...april fool ni biasanya disambut pada 1 april..setiap tahun...ada tak dekat sini yang tak pernah kena april fool atau mengenakan orang dengan appril fool ni? hahaha mesti mesti semua pernah..hah jangan nak membongak...tipu dosa tau.. hehehe...

dolu-dolu (dulu-dulu) kan nak nak lagi time sekolah rendah selalu sangat terkena..memang selalu sangat jad mangsa dan kadang kadang tu aku lah pemangsa..ye lah selalu sangat kene kan so time tu lah nak balas dendam balik dekat orang lain....masa kecik kecik april fool ni hanyalah sebagai gurauan..tak tahu pape pon..apa yang aku tahu orang kenekan aku so aku pon join sekali untuk kenekan orang balik...

"ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)"

tapi bila dah meningkat remaja barulah aku tahu ape sebenarnya sejarah berkaitan dengan april fool ni...kalau korang masih tak tahu lagi sebenarnya april fool ni tak elok nak diraikan...ni semuanya disebabkan


Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian pujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

 Tidak Layak Dirayakan

 "peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi."

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. 

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

“The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


jadi dengan penerangan yang panjang berjela tu diharapkan korang semua faham kenapa april fool ni tak layak disambut...sama-sama kita insafi diri ini..

thanks for reading this entry 


Ahad, 31 Mac 2013

No Idea

olla guys...lama giler tak update blog ni...hahaha sampai kesuda tak update update lagi...almaklumlah sejak sejak menjadi 'suri rumah tangga sepenuh masa' ni sampaikan kadang kadang tu tak ada masa nak update benda benda ni semua...suri rumah tangga sepenuh masa tu bukanlah nak bagitau aku ni dah kahwin..memang tak la kan..kalau korang sanggup nak tengok kepala aku kene penggal dengan babah buat lah...orang cakap berani buat berani lah tanggung..ye dok?? hahaha...ok dah jauh dah melalut aku ni..sorry guys dah lama tak nampak keyboard tu yang rasa macam 'gian' kejap...

sebenarnya bukanlah tak ade sangat idea tu (mata pandang ke atas tangan letak di bahu)..idea dalam 'kepala hotak' ni memang banyak sangat..sampai tak terkira...tapi yang menjadi masalahnya tu sebab tak tahu nak mula dari mana..tu yang madang je tak ada idea..kadang kadang tu idea dah sampai..dah type dah pon tapi lepas tu rasa macam tak berapa nak yakin sangat dengan entri baru tu so terus je lah tekan 'backspace'...delete semua yang dah type...'itulah aku'..hahaha (ceh dah macam lirik lagu faizal tahir) 

kriikkkkk krriiikkkkk krriiiikkkk tu menandakan yang aku ni sekarang tengah tak ada idea nak type ape lagi story...hurmmmmmm...otak ni aku rasa dah macam tak berfungsi dengan baik dah..nak berfikir pon kadang kadang lambat pick up..kesian dekat aku ni...maklumlah duduk rumah 3 bulan tak buat pape..hahaha..


ape lagi ek yang aku nak mengarut??ok lah baik aku berambus dulu keluar dari entry ni untuk cari ide baru untuk 'new post'...tak adalah nanti korang semua marah dekat aku sebab asyik sangat membebel...

ok guys...jumpe lagi nanti.... thanks for reading this entry 

Sabtu, 30 Mac 2013

Girls Day Out..


Assalammualaikum...

March is going to end soon...means that my holiday is also going to end...sebenarnya tak ada lah dah nak abes..ade 2 bulan lagi...hehe..yup yup..aku tak bagitaw pon yang aku ni sekarang tengah cuti semester yang saaannnnggggggaaaatttttt panjang...woahaha...syok giler..bila cuti panjang panjang macam ni...suma aku cuti..buku dah tentu cuti..dengan blog blog ni sekali aku cuti..keje pon tak..hanya menikmati cuti dengan duduk uma...jadik bibik..huhuhu..cerita pon banyak yang aku hutang dengan blog ni..inshaa Allah..akan aku update slow slow..

Biasalah bercuti...apa sahaja yang boleh diharapkan kalau tidak makan tido makan tido je kerjanya..lepas bangun tido kemas rumah..bagi kucing-kucing makan...bagi ayam makan..masak..tengok tv..hadap laptop..download cite korea..baca novel...online..tidur...hari-hari rotate buat benda yang sama...aku bukan tak nak keje..akan tetapi mengalami masalah transport dan sebenarnya errr...aku tak ada lesen lagi..tengah otw amek lesen..baru sekarang aku ade masa..kalau sebelum ini cuti semester aku sangat lah pendek..hanya 2 minggu..tapi kali ni amek kau!!..tersangat lah panjang...lebih 4 bulan..jadik seharusnya dinikmati dengan sepuas-puasnya...

dah nama pon bercuti..aktiviti harian tak lain dan tidak bukan menjadi suri rumah sepenuh masa...almaklum rumah tak ada orang gaji..jadik akulah yang menjadi bibik..dan juga sekali sekala keluar membeli belah..dan baru-baru ini aku keluar dengan ex-schoolmate yang dah lebih 3 tahun tak jumpa...




perkenalkan yang sebelah kiri aku bertudung kuning adalah Fatin Hannah dan sebelah kanan aku Shafiqa Saad..

mereka berdua kawan baik aku masa di sekolah dahulu..sama-sama tinggal asrama..dua-dua sekarang telah bekerja tinggal lah aku yang masih belaja lagi..huhu..dan yang bestnye masa keluar aritu mereka berdua berbaik hati belanja aku..haha..yeahh!!..rezeki jangan ditolak ye tak??..hehe




our food..makan di Vivo Jusco Aeon Bandaraya Melaka..thanks to Fatin Hannah..

bila lama tak keluar bersama-sama..macam-macam cerita yang kitorang bualkan..rasa-rasanya dalam vivo aritu suara kitorang je kot..haha..berjimba-jimba together-gether...berpusing-pusing satu JJ..sampai naik lenguh kaki..nak tercabut pon ada..window shopping..membeli dan belah..dan juga tengok wayang..thanks to Shafiqa Saad..hehe..syok la aku tak keluar duit langsung...sedap orang belanja..hehe..terima kasih daun keladi..lain kali belanja lah lagi...hahaha...akan datang aku pulak belanja korang ok??..wink* ^_^..friends till jannah..frienship forever..luv u girls...<3 <3


Rabu, 27 Mac 2013

Harlem Shake??..WTFisshhh!!


Assalammualaikum...

rasa-rasanya ramai yang taw pasal Harlem Shake nie..sejak dua tiga menjak nie dikatakan tarian Harlem Shake telah semakin popular..tarian yang sekadar kau bergoyang je..pendapat aku la kan..aku langsung tak paham tarian harlem shake nie..entah pape je...just tarian yang dimulakan oleh seorang dan lepas tuh ramai-ramai goyang..WTF!!...harlem shake nie tak sepatutnya menjadi ikutan..aku akui muzik dia agak menarik..tapi kalau tengok sendiri beberapa video dia..alahai..tak senonoh ok..I repeat...TAK SENONOH..! sory to say lah..

kenapa perlu diagung-agungkan tarian sedemikian??..u tell me..cuba bagitaw aku paedah tarian nie..dan kenapa mesti ada unsur-unsur lucah??..aku sendiri tengok pon naik geli..kot kot cuba lew pakai baju yang senonoh sikit..haisshh..tak paham betul aku..kalau tarian gangnam style tu aku paham lah jugak..boleh jadik senaman..bukan sebab aku peminat kpop..tapi agak relevan la jugak kalau nak tiru...ini tidak..dunia dunia...

ini salah satu video harlem shake...pada sape-sape yang tak taw boleh try klik untuk tengok...





Ahad, 20 Januari 2013

Don't Forget Allah

just want to share the beautiful lyric from Farid Sanuallah..

sebenarnya dah seharian dah dok layan lagu ni je..tak tahu kenapa tapi bagi aku lirik lagu ni sungguh indah dan rasanya tak salahkan kalau kita share.. sharing is caring right :-D


you're down and out

you just cant cope
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
whoever you are cos he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah
lets flashback lets backtrack
to a time like yours and mine
The story of the threewho long to be
to be free of their misery

To the poor he opened the doors
gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillahyou're down and out
you just cant cope
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way
===========================================
DON'T FORGET ALLAH by FARID SANULLAH





#p/s : enjoy ^_^

Sabtu, 5 Januari 2013

New Year Present






Assalammualaikum..

rasanya tak terlambat lagi kot untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2013..alaa, arini baru berapa hari bulan kan..baru je beberapa hari berlalu dari 1hb...ok la kan..huhu..azam tahun baru??..haha..tak payah la tanya apa azam tahun baru aku sebab azam yang lama pon tak tercapai-capai lagi..itupon azam beberapa tahun yang sudah..tak ingat aku dah apa azam aku yang tak tercapai lagi tuh..hehe

awal tahun baru-baru nie aku dan keluarga aku terima berita yang sangat menggembirakan semua orang..tahun baru dah dapat hadiah..hadiah yang cukup bernilai..kurnian dari ilahi..syukur alhamdulillah..kakak ipar aku telah selamat melahirkan cucu sulung untuk kedua-dua belah keluarga..yup..cucu sulung..baby boy okayy..tahniah abg ngah and kak ima! hehe..tak terkata betapa gembiranya...tak sabarnye aku nak dukung, peluk, cium segalanya lah...


inilah dia Muhammad Darrell Iqbal 
lahir 2hb Januari 2013..
pukul 3.35 pagi..
Welcome to world Darrell, semoga jadi anak yang soleh ye sayang!!

tengok gambar ni pon buat aku rasa tak sabarnya nak jumpa..nasib la si adik kirimkan gambar Darrell melalui whatsapp untuk aku tatap..aku tak sempat lagi nak tengok  si Darrell nie..tersangkut kat Muadzam tercinta untuk final exam...kalau bukan kerana nak exam, sekarang jugak aku nak shoot pegi Meru untuk jumpa Darrell..oh! apakan daya..sob sobs..wait for me ok dear darrell!!..untie love darrell..Opps??..Untie??..hahaha..jadik makcik la aku sekarang kan..hehe..nak suruh anak buah aku panggil aku apa lah nanti..Bibik Dura??..Bibik Bibi??..errrr...asal macam pelik je..hahahaha..adoh!



sedapnya Darrel tido...bibik pon nak tido sekarang jugak la yunk..doakan bibik ye yunk..ari isnin bibik da start final...habis exam nanti bibik datang jumpa Darrell..tak sabarnya aku..huhu...I love U Darrell!!..Love u soooo mucchhh!!..muah muah muah!!..

muahhxx..XD..
gudnight cayunk!..
gudnight everybody...(^_^)