Isnin, 30 April 2012

QuOteS Of tHe mOnTh



eeeeyyyaaakkkss!!


bunyi je pon dah menggelikan...meremang bulu roma aku...geli weyh...eeee...
ada ke orang sanggup jilat ludah dia balik??...ade ke??...x mungkin kan...huhu


ok...balik kepada cerita yang sepatutnya...ada orang buat kot...haha..bukan la dia jilat betul betul ..gila kau...seseorang yang aku kenal sangat...lepas hamba Allah ni cerita pang pung pang pung..umpat orang sana umpat orang sini...konon dia x suka la..tup tup..dia jadi member baekk manusia yang dia umpat tuh...alahai..cakap x serupa bikin...


punya lah..dia mengata...nanti orang ni ambil kesempatan pada dia..yang di umpat ni pon sama gak...beriya menangis bila dapat tahu ada orang mengata dia sedemikian..tapi aku tengok sekarang...dia lah manusia yang paling rapat dengan orang yang mengumpat dia tuh...haha...dunia dunia...


aku bukan lah tak suka mereka baik...tapi bila cakap tu tak melambangkan apa yang dikata tuh..agak pelik la...seolah lupa dah yang dia telah dikata sebegitu teruk tapi sekarang dia yang baik dengan orang tersebut..


kalau aku berada di tempat dia..aku tak boleh jadi macam tu...bukan lah mengishtiharkan perang...tapi dah tak boleh nak baik 'sangat' dah dengan manusia tuh...sakit hati kot...kalau orang mengata kau...tak kan kau nak baik 'sangat ' dengan dia lagi kan...memang tak lah...huhu


aku taw...tak elok tidak bertegur sapa lebih 3 hari...tapi kalau hati tengah panas...nasib la kan...dulu boleh la nak rapat...tapi kalau dah kena macam tuh...aku terus berhati-hati...pendendam??...ya mungkin juga...bukan dendam sangat la...juz tak boleh lupa apa yang orang dah buat kat aku tu je...hehe...


ok...adioss!!


(*^_^*)

Khamis, 26 April 2012

Untitle



••Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••
Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••
Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••
Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••
Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.




Sabtu, 25 Februari 2012

Kalau SaYang BuatlaH....




assalamualaikum...^_^









WAHAI WANITA DI LUAR SANA....









AURAT ANDA TANGGUNGJAWAB MEREKA


so, pliss lah...saya merayu sangat...tutup aurat anda...kalau anda tak peduli...sebab itu dosa anda...jangan lupa AYAH, ABANG & ADIK LELAKI anda...fikirkanlah mereka...mereka menanggung dosa anda...TAK KASIHAN ke??? X SAYANG MAK, AYAH KE??...kalau yang sudah berkahwin...X SAYANG SUAMI KE??





saya ingat lagi ayah saya kata...kalau sayang dia pakai lah tudung...tutup lah aurat...jauhi maksiat...nanti yang seksa mereka taw...akan dipersoalkan di kubur nanti...kerana mereka tak berjaya mendidik anak...

MAK PON TAK PAKAI TUDUNG MACAM MANA??


ok...itu tolak tepi...kita sebagai anak doakanlah yang terbaik...mana taw terbuka hati untuk menutup aurat...apa lagi yang tinggal jika seorang islam itu meninggal dunia??...hanya tiga perkara....AMALAN YANG DILAKUKAN SEMASA HAYAT, DOA ANAK YG SOLEHAH, dan SEDEKAH AMAL JARIAH YG DIBUAT(betulkan jika saya salah)...

nak tunggu apa lagi...BERUBAHLAH...ajal maut kita tak tahu...bila-bila masa ALLAH boleh tarik nyawa kita...eh!! boleh ke kita jamin esok kita akan bernafas lagi??...tak boleh....jangan yakin sangat yg esok lusa awak akan hidup taw...jangan tunggu lagi...

alangkah manisnya dunia ini jika semua wanita muslim menutup auratnya...kurang dosa anda...bertambah pahala...kurang juga maksiat...bertambah manusia akan respect ISLAM....kalau tak tahu takpa...kalau tahu kita wajib tutup aurat tapi tak buat...BERDOSA...

"alah pakai je tudung tapi buat maksiat" itu urusan dia dengan ALLLAH...kita tak ada hak nak menghukum...yang pasti dia telah melaksanakan tanggunggjawab dia dengan menutup aurat...





marilah kita sama-sama saling menasihati...memperbaiki diri...sama-sama berubah menjadi yang lebih baik..saya juga banyak lagi kekurangan...







JANGAN LUPA TAW!!!


(^_^)

Khamis, 9 Februari 2012

Selasa, 31 Januari 2012

Quotes Of the Month



"UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"





maksud: ukur kemampuan diri sendiri berbanding mengukur kemampuan orang lain...


maksudnya tuh berdasarkan apa yang aku faham la k...sebab bila aku carik maksud peribahasa ni dia keluar yang ni "Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain" so aku tak berapa nak setuju...bukan kejahatan kan???...ukur baju di badan sendiri lebih kepada bab bab berbelanja...betul tak??...huhu...



bila nak berbelanja ikut kemampuan diri sendri...tak payah la nak tiru tiru orang...apa yang orang tuh pakai korang pon sama nak pakai...orang beli kereta ko pon nak beli kereta...tak salah...sebab itu impian masing masing...yang jadi masalah bila orang pakai kereta BMW kita pon beli kereta BMW...padahal gaji ciput je...orang tuh pakai sebab die mampu..aq nasihatkan tak payah la k...menyusahkan diri sendiri sebenarnya...dengan hutang yang banyak...mampu ke??



sebab tu kenapa wujud peribahasa macam ni...nak nasihatkan orang...kalau badan kita saiz L...tapi nak pakai baju saiz S...kan tak muat??...menyusahkan diri je...so, samalah kat sini...berbelanja ikut kemampuan kita...tak payah nak menunjuk nunjuk kat orang kita pakai barang mahal...berlagak dengan menyeksa diri sendiri...bersederhana itu lebih baik...simple is better...









tengok macam dialog kat atas ni...orang mengukur pakai inci, cm...kita ukur pakai hasta...tak ke salah mengukur namanya...so, macam tu jugak la dengan urusan perbelanjaan kita...


renung-renungkan lah dan selamat beramal..!!




(^_^)

Ahad, 29 Januari 2012

::tanda-tanda sebelum meninggal::

olla..
entry kali berbentuk islamik..sebenarnya untuk memberitahu kite semua..
renungkanlah..


• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..