Isnin, 7 Julai 2014

new semester & new live begin

olla everybody...

maaf atas segala kesulitan yang berlaku..bukannya taknak update blog ni tapi masa yang ade tu betul betul cukup untuk siapkan assignment yang melambak...

sejak masuk sem baru ni memang tak menang tangan..setiap hari pastinya ade assignment dan semuanya kene siapkan dalam minggu yang sama...lagi satu dengan jadual kelasnya yang tersangatlah padat memanglah tak cukup nafas..tambahan lagi bulan puasa ni..ada masa tu hanya sempat berbuka minum air dengan kurma je lepastu solat maghrib lepastu baru gerak pergi kelas..haishhh..nampak tak padatnya jadual untuk semester baru ni..rasanya sem ni memang sem "mata panda"..yelah tidur mana cukup..dah la kelas selalu pukul 8 pagi lepastu malam pulak ada kelas memang tak cukup tidurlahkan? alangkah bestnya mengenangkan kembali ketika berada di sem 1..semuanya mudah..kelas selalu batal, assignment pulak selalu deteline die panjang-panjang....

sebelum lupe ni gambar masa first day as semester 2..

Photo: Semester baru,rumah baru,cerita baru..hari pertama untuk semesta 2 tahun pertama..melangkah kaki untuk mengambil result exam..alhamdulilah result kami semua melepasi target..semoga sem ni akan menjadi lebih baik..doakan kejayaan kami semua..amin :-D

ni semua ahli rumah baru ku dekat kelisa..mereka ni semua dah kenal dari sem 1 lagi..buat masa ni keadaan rumah masih boleh dikawal..takde ape yang nak diperkatakan...

ok cukuplah cerita pasal aku..nanti nanti sambung lagi.. tatatatata

Selasa, 5 November 2013

Hey!..What Are You Doing??..Today is Holiday


because today was a pulic holiday for entire Malaysia
so now im home..
wake up from sleep and take a bath..
home seems very quiet..
I go down stairs
looking for my brother, my sister in-law, and my nephew Darrell
but there are not at home
ok now i got it..
I've been leave alone at home..
and there's no internet connection..
NO internet connection..

What to do??
today is holiday..
and im home alone...and no internet connection..
wash clothes, switch on tv...searching any movie, drama or show..
hungry, grap a snickers..but don't have snickers now

open up the food cover..
ok..smile, fried rice over there..
eat fried rice..watching television..
monk, future choice, romance town, sungkyunkwan scandal, a stranger housekeeper, star king..
ok no more interesting drama or movie..lets drying clothes..
it's 4 pm now..and nobody is coming home

calling another brother..looks like he's doing his job..
frustrated..continue watching tv....
6.30pm..yeahh!!..somebody is coming home..
smile...

thats how i spend my holiday

-end-

Ahad, 20 Oktober 2013

tourist guide

hye hye hye....

assalammualikum semua...

kali nak cerita pasal first time kot jadi tourist guide...hehehe tak ingat sebenarnya dah berapa kali tapi untuk yang bebetulnya kali ni..selama ni bukan aku yang jadi pemandu pelancongnya tapi along sebab along lagi expert jalan jalan dekat melaka ni dari aku..kerja aku hanya follow je along..nama je orang melaka aku ni tapi kebanyakkan jalan semua tak tau..tapi bila dah sampai dekat tempat yang dieorang request barulah tau...

sebenarnya takdelah plan sangat nak jadi pemandu pelancong ni tapi disebabkan staff babah nun jauh tu dari sabah datang ke melaka adalah lebih baik bawak dia jalan jalan ronda ronda melaka...ni first time staff babah datang melaka so baglah kenang kenangan sikit...staff babah ni datang ke semenanjung ni bukan suka suka tapi ada urusan...anak dieorang konvo dekat uthm..jalan dari rumah aku nak ke uthm tu takdelah jauh sangat..so babah offer staff babah ni untuk stay dekat rumah kiteorang..babah cakap tak payah nak booked hotel semua..dieorang stay dekat rumah kiteorang ni untuk 5 hari...3 hari awal staff babah ni dah bz untuk uruskan hal anak dieorang yang konvo tu..

sehari sebelum flight dieorang untuk ke sabah babah ade ingatkan kiteorang untuk bawak dieorang pusing pusing melaka..kebetulan masa tu babah kerja dekat kuala lumpur,along sekolah dan tinggal dekat rumah hanya aku (si adik),adik dan mak..mulanya along plan dengan cik hassan untuk pusing pusing melaka dengan adik je..last last sampai ke zohor tak pergi lagi...plan tukar lagi bila mak suruh aku join sekali..aku pon ok jerrr..tapi masa tu terfikir yang sepupu a.k.a jiran sebelah rumah ni tak pernah ronda ronda melaka aku pon ajaklah dia join sekali...

kiteorang konvoi dengan cik hassan..naik 2 kereta..aku(si adik),along,mak dan jila(sepupu) naik satu kereta manakala adik denga familycik hassan naik satu kereta...tempat yang pertama sekali sejak wife cik hassan nak sangat pergi masa mula mula sampai melaka ialah nak tengok kereta lembu..



tapi pada masa ni kereta je ada lembunya takde..mungkin lembu cuti kot..hehehe...kiteorang pon pergilah ke tempat seterusnya..tempat kebanggaan orang melaka iaitu bangunan merah...tapi masa ni kamera dekat tangan aku..kiterorang semua berpecah jadi yang ada gambar dalam kamera ni gambar aku dengan jila je...






aku dengan jila ade naik bukit st.paul tapi masa tu tak sempat pulak nak snap gambar..megah sebab naik bukit dan daki tangga yang banyak sangat tu..naik kemain mengah tapi kalau turun tulah yang paling laju..sesiapa yang pernah naik mesti tau..sebelum deside untuk pergi tempat lain ade jugak snap beberapa keping gambar dengan cik hassan sekeluarga tapi masa ni along je jadi wakil sebab masa tu kaki aki dah kene gigit dengan semut api..haishhh


bila keputusan sepakat dah dibuat kiteorag pon bawaklah cik hassan ni pergi ke masjid selat..masjid kedua yang menjadi kebaggaan orang melaka..masjid yang pertama tentu tentulah masjid negeri..dekat sini banyak gambar yang kiteorang amik...








sekian sahaja cerita untuk kali ini..hehehe..penutupnya best jugak jadi pemandu pelancong ni walaupun ade sesetengah tempat yang tak pernah pergi..orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..lepas dah edit balik apa yang aku dok mengomel untuk entry ni baru perasan yang entry kali ni banyak upload gambar...hope korang semua enjoy dengan gambar gambar ni semua ok...

daaaa...







Sabtu, 19 Oktober 2013

selamat hari raya korban

holla holli

assalammualaikum...

sebulan dah tak update entry baru untuk blog ni..tak tau dah nak letak alasan apa sebabnya semua alasan dah pernah bagitau..hehehe tapi nama pon manusiakan penuh dengan 1001 alasannya...ada yang rasional or boeh diterima dek akal dan ada yang tak rasional...ok enough bebeh menceceh..yang pastinya mukadimahnya takde kene mengena...

rasanya dah terlambat kot nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk anda anda dan anda semua..selalunya orang panggil raya aidiladha or selalu dipanggil raya haji tapi aku selalu panggil raya korban..senang,ringkas dan padat..hahahaha dah macam tagline polis pulak rasanya...raya korban rasanya korang semua faham kan?yelah senang apa nak panggil nama macam tu..dah sah sah raya korban ni kita melakukan ibadah korban..

tahun ni tahun rezeki untuk kami owner of this blog sebabnya tahun ni babah ade buat ibadah korban dan babah ade masukkan sekali nama kiteorang..tahun ni babah kongsi lembu dengan adik dia..hajah ani or lebih mesra bik ani tapi aku dengan die kiteorang pakai nama panggilan lain..aku anzalna dan dia khillafairy..hahahaha..tak anggak kan?hehehe well *jongket bahu...

biasanya kalau kita nak buat ibadah korban dan binatang yag nak dikorbakan tu contohnya lembu makanya kene masukkan 7 nama...oleh sebab itu,babah masukkan 5 nama iaiatu nama babah,nama mak,nama si adik,nama si kakak dan juga nama anak buah kami darrell...khillafairy pulak masukkan nama dia dan juga nama suami dia..macam tahun tahun sebelum ni tak kisahlah babah or sesiapa sahaja adik beradik babah yang buat korban yang pastinya rumah kiteorang yang akan paling 'berkepau'...sebabnya peralatan seperti besen,pisau,dan sebangainya yang digunakan untuk melapah lembu ni dah memang sedia ada lengkap dalam rumah aku ni..lepas dah melapah lembu mestilah nak makan kan..so ulang tulang lembu tu semua akan dijadikan sup untuk dijamah seisi keluarga..lagi satu rumah aku ni memang lengkap dengan semua..cakap je nak apa periuk besar,kuali besar apa je semua ada..dah macam katering pon ada..senang cakap kalau nak buat kenduri dah tak payah pening..hahaha

ouh lupe nak cakap kiteorang buat makan makan lepas melapah tu bukannya daging daging tu semua kiteorang conquer tapi dah selamat diagihkan kepada semua jiran jiran...buat apa nak simpan kalau simpan pon peti tak cukup..hehehe....meriah raya korban tahun ni..alhamdulilah..berkat mungkin...banyak pula huraiannya..nak rehat kejap so korang semua layanlah dulu gambar gambar ni..

hulu balang dah berjaya tumbangkan lembu


sebelum disembelih kita takbir dulu


bila terputusnya urat merih dengan sekali sembelihan





tinggal untuk dilapahkan sahaja

insyaallah lembu ni akan menjadi kenderaan untuk kami kami ke syurga nanti...hehehehe...

p/s: sebangai peringatan..binatang yang dijadikan korban tidak elok dikasihankan kerana apabila ada terasa kasihan maka hukumnya akan menjadi haram untuk dimakan..


rasanya tu je kot cerita hari raya korban..takdelah menarik sangat..biasa biasa je dan sememangkan keadaan raya korban sama saja dari dulu hinggalah sekarang..oklah nanti nanti ada masa akan aku update banyak banyak entry yang lebih menarik..sampai ketemu ya pak...selamat malam...

Selasa, 17 September 2013

pabila tangan pijau

hye..assalamualaikum...

lamanya aku tak update blog..hehehehe..sorrylah bukan sebab apa tak nak update sebabnya laptop buat hal..harini laptop dah baik..so meh ler kita update blog ni..

entry kali ni sebenarnya nak share satu petua..petua-petua orang dulu yang sampai sekarang rasanyalah diamalkan lagi..petua ni sebenarnya bukanlah petua kecantikan pon..petua untuk pengetahuan sebenarnya..ada sesetegah daripada kita yang tahu tentag petua ni dan ada sesetengah daripadanya tak kurang tahu tentang petua ni....

sebelum aku start cerita tentang petua ni semuanya..nak ler jugak tau tentang ada tak dalam kalangan kita yang setiap kali blender cili tangan rasa pijau??pijau tu dalam versi melaka tapi ejaan sebenarnya ialah pijar...ok macam mana ek nak describe pasal pijau ni??aku sendiri blur tak tahu nak explain but bagi mereka mereka yang selalu blender cili rasanya tau kot pijau tu ape...

biasanya pijau ni akan terasa bila kita dah lepas blender dan dah basuh tangan..lepas je basuh..kan? hehehe aku tau pasal tu sebabnya selalulah jugak kene..hehehehe...ok back to story..mengikut pengalaman aku sendirilah ea bila tangan aku dah start rasa pijau tangan aku sendiri yang tukar menjadi satu tompokan kecil colour merah..lepastu kalaulah terpegang dekat tempat lain contohnya macam leher or muka pon akan menjadi merah...perghhhhhhh tuhan je yang tau azabnya (copy ayat ni dari nenek aku) *peace

bila jadi macam tu semua kerja tak akan jalan sebabnya akan terasa bahang dekat tempat yang pijau tu lah..
so cara untuk meyelesaikannya ialah kalau tangan kiri yang terasa pijau makanya hendaklah kita basuh kaki kanan dan sekiranya tangan kanan yang terasa pijau hendaklah kaki kiri yang kita basuh...selain itu,kalau bahagian macam mata tu pon korang buat benda yang sama..kalau mata kiri yang terasa pijau maka kaki kanan kene basuh dan sekiranya mata kanan yang pijau kenelah basuh kaki kiri...dan kalau pijau tu still terasa lagi hendaklah kita basuh dengan lebih lama lagi....lagi satu dah kalau dua dua tangan yang pijau apalah salahnya kan tadahkan je kedua dua belah kaki tu dekat air..lepastu insyaallah pijau tu akan beransur hilang...

petua ni sebenarnya mak aku yang bagi tahu...yelah selalu sangat lepas je blender cili tangan rasa pijau..ada banyak lagi petua petua lama yang mak tahu..so untuk tahu petua petua yang lain tunggu jelah next entry ok...nanti aku share lagi....

bagi mereka mereka di luar sana..cubalah amalkan..mana tau berkesan ke..tapi sepanjang pengalaman aku sendirilah memeng berkesan..kalau tak berkesan buat apa nak share kan??? hehehehe...sharing is caring maaaaa.... tak luak pon ilmu kalau kita kongsi sama-sama...oklah cukup kot entry ni..nanti nanti i update lagi ok...

byeeee semua..sayang manja dari kami si cubby :)


Sabtu, 7 September 2013

Cerita Raya Kami - Part 2


Assalammualaikum..

Sebelum raya untuk tahun ini habes..sebelum aku abes idea...
aku pon nak abeskan taip sambungan cerita raya kitorang..dengan satu hal lagi sebab aku tengah tension sekarang pasal aku dah berssemangat nak study untuk final..study 1st paper aku iaitu Strategic Management.. tapi aku takde pape tips pastu aku tak tahu nak baca yang mana..so aku tengah sakit hati sangat nie..rasa nak menangis lagi lagi pulak aku try buat soalan past year tapi aku tak jumpa jawapan dia...and aku tak paham ape kebenda soalan nie nak..jadi lagi aku rasa sakit hati dan rasa lagi nak menangis...sebab korang taw tak paper ni susah nak mampos untuk aku...4 kredit hour ko taw x..kalau budak pandai pon cakap paper nie susah..untuk aku yang tak berapa nak pandai nie lagi lah...konon-konon aku nak try study awal tapi tolonglah..memang nak menangis je sekarang nie..T_T..

ok balik kepada niat asal aku nak cite pasal ape..walaupon hakikatnya sekarang nie aku tengah tegang gile..xley nak senyum pon..otak serabot..tapi aku nak cite jugak sebab memang dah abes bulan syawal..jadi baik aku cite cepat cepat dan post cepat cepat dan senang aku lupakan pasal post cite ni dari dia tergantung kunk ..jadi yang aku nak cite sekarang ni pasal aktiviti kitorang sebelum raya dan selepas raya..

sebelum raya aritu aku pon dapat cuti yang agak panjang sama macam cuti sekolah 2 minggu..so aku ade geng kalau nak buat projek kuih raya...along aku pon cuti sebab dia cikgu sekolah then boley la nak berpakat 3 anak dara dok dapur untuk buat kuih raya...sebab sejak dua tiga tahun sekarang ni uma aku dah tak buat kuih raya lagi..sume orang sibuk...cuti tak lama..takde sape yang boleh merajinkan diri untuk buat kuih raya..semua tunjuk je...bila aku cuti yang si along pon gembira bila dia ada kawan..




inilah kuih yang kitorang buat..popia nestum..tapi gambar nie aku cilok kat google sebab aku tak tangkap gambar masa popia nie da siap..


kulit popia tu ko gulung-gulung sampai jadi macam nie..nak senang gulung guna lidi satay..dia akan jadi kecik dan mampat..nak senang lagi kalau nak gulung bahagi kulit popia kepada 4..kecik sikit...time aku gulung kulit popia nie dia punya lama tak yah cite la..lenguh bai tangan..ini aku buat berdua dengan si adik..kalau aku buat sorang sorang aku tak taw la bape jam aku buat..


lepas tu ko gunting..kena gunting serong..panjang ikut korang punya suka...



time gunting memang kejap je..lepas gunting boleh la menggoreng pulak..tak payah goreng lama lama..sampai dia agak agak perang sikit angkat dan tos...sejukkan dulu baru tabur dengan nestumnya...gambar gambar selepas aku gunting aku lupa nak tangkap...jadi aku taip je bagi korang baca..

untuk dia punya nestum...korang kena campur dengan holicks dan gula..blend nestum dengan gula..guna blender kering...lepas tu korang tabur je kat popia yang dah siap digoreng...gaul bagi rata...then siap la..senang je kan..sedap pulak tuh..nak menggulung aje yang leceh sikit...

1 lagi kuih yang kitorang buat ialah Blueberry Chessetart..ini mak yang request...mak mintak masa raya..tapi kitorang buat da seminggu lepas raya..huhu


inilah rupanya...gambar gambar masa proses pembuatannya aku tak ada..ade yang dah siap je..aku tak tolong sangat pon masa buat chessetart nie..si adik dan along je yang duduk ngadap buat..aku ada keje lain time nie..so, aku tolong letakkan blueberry dengan chesse je..along buat crust..si adik bentukkan dengan bakar..kira bekerjasama lah kitorang 3 anak dara..ape yang penting??..kerjasama!!..muahaha...


ouh ye..aku terlupa pulak..bila abes raya baru boleh kira berapa banyak duit raya yang dapat..gambar atas nie semua duit raya aku..alhamdulillah..dapat lagi ye tak...tapi aku pening sikit gambar ni jadi macam nie..sebelum upload tadi lek je dia elok elok je cantik..tup tup aku upload jadi lagu nie..nak rotate tak boleh lak tuh..adeyhh!!..k lah...aku nak sambung tension balik dengan final aku nih..daa~~

terima kasih!...^_^

Selasa, 3 September 2013

Saja-saja


Assalammualaikum...

sapa yang dah biasa tengok or follow blog ni mesti taw yang blog ni ade dua orang admin..perkongsian 2 orang adik beradik..asalnya aku buat blog ni aku punya sorang..then aku ajak lew adik aku joint venture sekali dalam blog ni bila aku rasa macam tak mampu nak handle..takut aku kekeringan idea dan jugak busy dengan kelas..tak dapat nak update selalu sebab tu aku ajak si adik untuk sama sama mengarut dalam blog ni..tapi hurmmm hampeh jugak..haha

bukannya apa..aku ni tidak lew pandai sangat karang mengarang..bahasa melayu aku tak cukup power macam si adik ni hah..dia selalu dapat A untuk bahasa melayu..bukan macam aku..keling sikit..nama aje orang melayu..tapi seyesly aku cukup tak reti nak mengarang..kalau Bahasa Inggeris aku power lah sikit dari BM tapi tidak lew aku dapat sampai band 4 ye anak anak..

itu pasal kalau bukan aku yang post cite..si adik yang akan post..dia pandai bercerita sikit..susun ayat pon ok tak macam aku..tapi kompem bertambah kembang la si adik ni bila dia baca entry ni..aku puji dia kan..haha
aku saja saja  nak mengarut dalam blog ni..bosan..assignmnent semua dah setel..presentation pon sama..kelas dah abes..tinggal nak study untuk final..tolong doakan aku k..ini final semester aku..nak jadikan yang paling terbaik dalam sejarah aku hidup..nak pulun habis-habisan..please doakan aku ye anak-anak!!



terima kasih...^_^


p/s: tekak da perit, selesema dah dtg..tinggal nk demam je pulak..hrp x demam lew..