Rabu, 17 Ogos 2011

* Bila Ramadhan Datang...(Pertengahan)




1. pada waktu ini kita semua sudah pun menjalani ibadah puasa dah lebih 2 minggu...kira dah separuh....tinggal separuh je lagi nak raya...hoyeah hoyeah!!...haha....kalau pergi shopping complex lagu raya dah pun di pasangkan...di stesen radio juga begitu...semua dah mainkan lagu raya...dari zaman lagu saloma, sharifah aini, siti nurhaliza sampai la lagu raya yang terbaru...yang semakin mengarut...errr....pape je lah...yang penting raya....

2. semua orang tengah sibuk buat persiapan raya...dah letak bajet untuk raya tahun ni berapa ratus...baju nak bape pasang...kasut raya lah....kuih raya lah...yang tak boleh blah...yang puasa tak berapa nak penuh lak tuh yang sakan berbelanja tak ingat dunia...kalah orang puasa penuh...konon dialah puasa penuh...macam nak cerita kat satu dunia dia puasa...kalau boleh nak buat announcement....







3. ini memang ketara sangat perubahannya...korang sendiri pun boleh tahu...bab pergi sembahyang terawih dekat masjid dan surau...kalau awal-awal ramadan semua penuh...bersemangat nak puasa...ramai je orang...memang time tuh tabik la yang pergi sembahyang terawih nie...tapi bila dah sampai ke tahap sekarang...yang penuh tuh tak penuh lagi dah...orang dah mula berkurang...kalau awal-awal penuh la saf...sekarang tinggal setengah dari yang penuh dulu...

4. bagi mak-mak kat luar sana dan akak-akak...time time cenggini...keluarlah segala buku resepi yang lama-lama dan tak terkecuali yang baru untuk memulakan projek kuih raya...tapi ada jugak yang awal-awal lagi dah mulakan operasi ini...hah!...time ini lah...kalau siapa-siapa yang duduk di kawasan kejiranan macam rumah teres...akan goyanglah iman puasanya sebab bau kuih raya yang di bakar di oven...harum semerbak sampai ke rumah sebelah...maka kembang kempislah hidung masing-masing...




kuih tart...kuih wajib buat tiap tahun...yum yum~


bersambung....

Isnin, 15 Ogos 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you?

Tahukah anda??




1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku? Bhahaha xD




Khamis, 11 Ogos 2011

When Exam Says> Hye Hye...Assalammualaikum..


memang pun...final exam aku dah pon memberikan salam perkenalannya....juz belum kenal lebih rapat sahaja lagi...hahaha...macam si adik pernah mention pada beberapa enrty yang lepas...si kakak bakal sibuk dengan final examnya...hah...betul la tuh...aku yang suruh dia cakap macam tuh kat belog nie...

final exam aku ni tinggal bape hari aje lagi...jantung pun dah dup dap dup dap je nie...ari ahad lak tuh aku start exam...ni aku tulis kat belog ni saje je nak lari dari study sekejap...ade member aku cakap aku ni stress sangat...dia suruh aku cool...relaks relaks...sebab tulah...

nak tengok time table final aku tak??...tak nak??...nak la eh....hehehe...

Exam List for Semester 1, Academic Year 2011/2012

No.SubjectSectionLocationDate & TimeSeat
CodeDescription
1.ECMB223Microeconomics3BMDP214/08/2011 09:00:00 - 12:00:00157
2.ISSB232Islamic Studies III (LAN MPW 2143)2MDP215/08/2011 09:00:00 - 12:00:00065
3.QNTB113Business Statistics1BMDP219/08/2011 09:00:00 - 12:00:00173
4.MGMB213Organisational Behaviour2MDP122/08/2011 14:30:00 - 17:30:00144
5.MKGB213Consumer and Buyer Behaviour1MDP224/08/2011 14:30:00 - 17:30:00308
kalau tak dapat baca sory la ek...


erm...so, lepas ni memang aku tak online la...nak tumpu pada final ni...nak kejar pointer tinggi yang asyik main nyorok-nyorok je dengan aku....susah betul nak tangkap...tapi tengok lah macam mana...kalau aku rasa nak lari dari buku kejap aku online la pada hari yang aku ade gap lama sikit tuh...kiranya korang bacalah pulak entry entry dari si adik pulak...aku serahkan sekejap belog ni pada dia...jangan lupa follow ye...komen pon jangan lupa ea...

ok lah...dah lama sangat aku hadap lappie nie dari tadi...aku nak sambung study aku balik...korang tolong doakan aku ye si kakak nie...mana tahu masin doa korang tuh...bahagia hidup aku...hehe....AMIN...

daa~~
muah muah muah....luv u all...hahaha

(*^_^*)






Selasa, 9 Ogos 2011

* Bila Ramadhan Datang...(Sebelum)


1. sebelum masuk bulan ramadhan kira pada hari-hari terakhir syaaban...time time nilah yang belum ganti puasa tuh cepat cepat pergi ganti...kelam kabut ganti puasa...last-last ade jugak yang tercicir sebab da tak boleh nak puasa...kenalah bawak pegi tahun depan...

2. before masuk bulan puasa...bedal makan macam-macam...kononnya lepas ni dah puasa tak boleh makan...macam lah bulan ramadhan tuh kite puasa 30 hari 30 malam...tak makan langsung....takut bebenor...pelik pelik....

3. time time macam nilah...segala stok makanan dah di beli...sardin bertin tin...gula berkilo-kilo...stok macam-macam perasa air kordial...sarsi lah, oren lah, sirap lah, fuhh...sebab da bersusun jadual hari ni air ape, esok air apa, lusa air apa time bulan puasa nanti...




4. hah....sebelum masuk bulan ramadhan, makcik makcik dan kakak-kakak semua dah sibuk beli kain untuk buat baju raya...itupun da kira lambat dah...kalau pergi tempah dalam bulan syaaban tuh memang takde baju raya tahun itulah jawapnya...sebab biasanya tempahan dah ditutup...

5. kalau budak-budak yang tengah belajar...yang biasanya belajar jauh-jauh...mesti semua sibuk nak balik sebab nak sambut awal ramadhan dengan family...takyah cite yang jauh lah...yang dekat pon sama je...lagipon diorang lagi senang nak balik...haha...macam aku aritu lah...nasib baik kelas cancel...leh balik melaka...tapi tak sempat berbuka pon...sahur je...buka dalam bas...huhu...sob sobs..=(


mak...kami dah pulang...!!


bersambung.....

:: Siapa Kami Cubby & Nyamok - Part 2 ::



Nya dan Mok

hye all...hehe...assalamualaikum...bertemu lagi untuk siapa kami cubby & nyamok??...siapa yang belum baca boleh la klik untuk tahu ape cite sebenarnya kan kat situ...dan sekarang part 2...layan~~

V
V
V
V
V
V
V

si kakak....

Nama Penuh : Duravive
Umur : 21 tahun
Befday : 14/10/1990
Pebret Kaler : pink, merah, putih
Pekerjaan : Pelajar di Uniten Muadzam, Pahang


si adik...

Nama Penuh : Darrissa
Umur : 18 tahun
Befday : 3/8/1993
Pebret Kaler : biru, putih
Pekerjaan : Form 6 di SMK Tinggi Perempuan Melaka


bersambung.......



Jumaat, 5 Ogos 2011

happy birthday to me!!

hye....salam...


entry ni ditujukan khas tuk diri aq....erm mula-mula ingatkan si kakak nk buatkan la entry ni..tapi die x de masa la plak..die bz sebab nak final sem...nak buat camne kan...dah lang-alang si kakak dah bagi green light tuk tulis je ape yang aq rase...so aq buat la entry ni...
biarlah readers cakap yang aq ni syok sendiri..ape nak buat..sendiri buat and dedicate kat diri sendiri...hihihihi...

mula-mula skali apa yang aq nak cakap ni yang I'm 18...hahahaha...dah besarkan aq...tapi perangai still cam budak-budak...birthday aq jatuh pada 3.8.1993...ingt tau..nanti boleh bagi hadiah..hahahaha...
tahun ni bestday aq jatuh pada hari rabu and dala bulan puasa..syukur alhamdulilah..aq dapat puasa masa haritu...aq penah berhajat yang aq nak puasa setiap kali bestday aq sebagai tanda kesyukuran yang Allah S.W.T masih panjangkan umur aq dekat dunia ni...sebelum ni hajat aq tuk puasa setiap ali bestday aq x kesampaian disebabkan teetttt....hihi...diam-diam sudah...tapi alhamdulilah aq dapat buat jugak apa yang aq hajatkan pada tahun ni..syukur sesangat..

erm bila cakap pasal birthday ni kan..mesti korang nak tau kan ape hadiah yang aq dapat masa birthday aq tu kan...jom check it out!!!
v
v
v

1.babah belanja makan pizza hut


masa ni kiteorang makan sebelum puasa...sehari sebelum...sebab masa tu lah family aq semua ada bersama and berkumpul sama-sama...beli and makan kat rumah..siap ade chicken wings n garlic bread n mashrom soup..




2.mak aq bagi kain batik


mak cakap kain batik ni diibaratkan seperti aq ni dah besar..warna plak disebabkan aq ni suka warna biru..
v
v
v

3.along bagi botol air...


simbol : sebab aq suka minum air
sebab : along kesiankan aq sebab aq gune botol air yang lama...
v
v
v

4. fatin natasya x adik dorm..die bagi benang


simbol :x tahu
sebab: x tahu
v
v
v

5.hidayah bag key chain berlambang kasut...


ni bukan keychain yang sebenar...tapi bentuk die sama...colour plak warna pink...
v
v
v

6.keychain tepon


chomel...siap ade tulis 'I LOVE U FOREVER'
v
v
v

7.nipah 

hadiah die aq x tahu apa..hadiah tu nampak pelik...

8. hafizah azra...rantai


rantai ni bentuk dia camni..cume loket die ade huruf D...sempena nama aq...

and tuk pengetahuan readers yang wish birthday aq pada tahun ini adalah sebanyak 100 orang...ni semua kengkawan kat fb gan geng-geng skolah aq...yang kat fb tu main puas lagi reply...
apa-apa pon aq nak ucapkan ribuan terima kasih bagi sesiapa yang wish and bagi hadiah...

Terima Kasih banyak-banyak...

(^_*)

tatata....

Isnin, 1 Ogos 2011

* Ramadan Datang Lagi *


bismillahirrahmanirrahim...syukur alhamdulillah...masih di panjangkan umur pada tahun ini untuk menjalani ibadah puasa...bulan yang penuh keberkatan...bulan untuk semua umat Islam di seluruh dunia...

jadi dikesempatan ini kami nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam dan kepada semua pembaca blog kami...mari kita sama-sama banyakkan pahala dan kurangkan dosa pada bulan yang mulia ini...banyakkan sedekah dan tahan segala hawa nafsu...puasakan mata anda, mulut anda, telinga anda dan segala tingkah laku...sebab puasa bukan setakat makan sahaja kena puasa secara zahir dan batin....

Allah dah bagi kita peluang untuk melakukan kebaikan...semua setan setan dan jin jin yang ada sampai diikat supaya tak kacau kita dalam bulan ramadhan ini...betapa sayangnya Allah S.W.T kepada hambaNYA...jadi tak ada alasan untuk tidak buat kebaikan...tak ada alasan untuk tak berpuasa....kalau korang semua buat jugak dosa...nampaknya koranglah setan...

dengan itu sekali lagi kami nak ucapkan selamat berpuasa...kami mintak maap kalau sepanjang kami menulis dalam belog ini ada mengguriskan hati korang....mudah mudahan ramadhan kali ini memberikan kita seribu penuh kebaikan dan keberkatan...AMIN...


(*_*)


Quotes Of the Month



" Please grab the chances you get because this opportunity doesn't come twice"



andaikan peluang itu macam hadiah yang kita perolehi...






akan tetapi...disebabkan kita tak berapa nak suka hadiah tersebut...kita campak ke tepi...





kita buang peluang yang datang....




akibatnya....kita akan menyesal....


oleh itu....fikir fikirkanlah....peace yo!!

(*^_^*)