Isnin, 23 Mei 2011

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...


Khamis, 19 Mei 2011

FenOmena tOpup karen di UNITEN

yup...percaya atau tidak kami di Universiti Tenaga Nasional sekarang ini menggunakan sistem eletrik baru iaitu mentopup karen di setiap apartment pelajar...memang agak pelik kerana uniten adalah kepunyaan TNB yang semua orang sedia maklum adalah syarikat utama yang menyalurkan elektrik di seluruh semenanjung Malaysia...tetapi membuat tindakan sedemikian...

apakan daya...sebagai pelajar kami terpaksa menuruti setiap arahan...so sekarang ni kiranya semua student uniten akan membayar eletrik untuk menggunakan karen...macam topup hanset jugak la...kalau habis topup kena topup lagi...sistem ini baru saja diperkenalkan pada semester baru baru ini iaitu pada bulan 5 ni...untuk permulaan kami diberi rm40 ringgit dulu...tapi selepas ini topup sendiri...adoiyai 


inilah rupanya meter topup


baki yang tinggal setelah 2 hari menggunakan karen...


baki terbaru after 2 minggu pakai karen...latest 19/5/11

dan berikut ini adalah fenomena selepas sistem topup karen ini diperkenalkan untuk menjimatkan tenaga elektrik.....

- pada waktu malam hanya lampu bilik saja yang dibuka...kipas termasuk gak..

- menggosok baju untuk sepanjang sem...

- mengurangkan aktiviti memasak kerana semuanya menggunakan karen..

- semua rumah bergelap...

- berkumpul di tempat yang tidak menggunakan topup karen..cnth > cafe, bilik tv...

- student menjadi fobia bila ada suis terbuka...pasti akan ditutup secepat yang mungkin...

- tidak lagi membuka lampu bila tidur...

- masak air di bilik tv....

- iron baju di bilik tv...

- tidak lagi membuka lampu bilik air di siang hari

- tidak membiarkan suis lampu dan kipas terpasang untuk ke toilet meskipun jaraknya hanya kurang 20meter..

- beratur untuk iron baju sebab tak nak tutup plug...huhu



p/s : apa kata anda??...^_^


Isnin, 16 Mei 2011

::happy birthday mummy::

assalammualaikum...

entry ni ditujukan khusus kepada mak aq...Hajah Radiyah Binti Yunus yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-53 pada 14.5.2011...ingat nk tulis awal-awal..tapi sibuk sangat dengan hari guru dengan hari ibu...erm dah x tahu nak cakap ape lagi..ni ade lah beberape keping gambar yang sempat chubby upload  semasa birthday mummy...
















masa makan kek...



p/s: HAPPY BITHDAY MUMMY...<3  (*_*)


Jumaat, 13 Mei 2011

Betapa sukarnya Menipu...


yup...sangat susahnye menipu...aku tak dapat bayangkan hidup seorang penipu...menipu aje kerja dia...macam mana agaknya dia hidup...aman ke??...serba salah ke?? atau tak rasa pape??...takde perasaan...

untuk kesekian kalinya aku tipu mak aku...bukan sengaja pon...hanya merahsiakan kepulangan aku semalam
(12/5/11) ke melaka tanpa memberi sebarang klu pon...dan sampai sekarang masih merahsiakan macam mana aku balik...dengan siapa aku balik...pukul berapa aku balik dan macam-macam lagi lah...

maaf ye mummy...bukan sengaja pon...untuk mak jugak...nanti esok masa befday mak ( 14/5 ) akan dibongkarkan semuanya...tak tahan dah simpan lama-lama...terseksa sangat...sebab aku tak biasa menipu...bab-bab kelentong ni memang aku fail sikit...diam je lah...nak gelak pon ade gak sebab bapak aku pon sama ikut berkomplot mendiamkan diri...berlakon macam tak taw pape...hahaha...

pape pon...aku nak wish HAPPY BIRTHDAY kat mak aku ni...semoga panjang umur...dimurahkan rezeki...dikurniakan dengan kesihatan yang baik...semoga cepat sembuh dari semua sakit-sakit yang di alami...semoga panjang jodoh dengan babah cubby nie sampai akhir hayat...I LOVE U MUMMY!!


haish...sedapnye kek nie...yum!!

(^_^)

Selasa, 10 Mei 2011

Happy Mother's Day Mummy!!

ni lah mak cubby...^_^
 
hye...hehe baru sekarang aku nak post pasal hari ibu...almaklum tak sempat nak post entri baru atas sebab sebab tertentu...malas pon ye jugak sebenarnye...takpelah kan...janji aku dah wish hari ibu kat mak aku aritu...just tak post post je entri...
 
tapi bagi aku hari hari adalah hari ibu...cuma nak menyambut dengan lebih istimewa pada hari yang istimewa aje...tapi sebenarnya semua adik beradik cubby tak sambut lagi pon hari ibu ni...huhu...sory nye mummy...kitorang nak celebrate hujung minggu nie sekali dengan befday mak kitorang yang jatuh pada tanggal 14 mei...tak lama lagi kan...dah alang-alang tuh sekali jelah ek...nak buat surprise kat mummy kitorang tu kang...hehe
 
 
ni mummy n daddy cubby...

so, pada bulan yang penuh dengan kasih sayang ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia tak kira di mana mereka berada...

HAPPY MOTHER'S DAY MUMMY!!...sarangheyo mummy...bibi, caca, along, abang ngah, abang yie dan adik semua sayang mak ketat- ketat...terima kasih untuk semuanya...terima kasih kerana melahirkan kitorang...besarkan kitorang...bibi doakan mak panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik...dan diberkati ALLAH...amin..^_^

I LUV U MUMMY!!..

Babah, Sayang Babah Jugak!!


luv...luv...luv...full of luv...


( ^_^ )



 


Isnin, 9 Mei 2011

::alam baru::

assalammualaikum....

hye to all reader....hihihi sory sesangat kalau korang tertunggu-tunggu chubby update blog...almaklumlah...x de idea nak tulis entry ape..

erm hari nak cite pasal si adik ni die dah x jadi penganggur yang terhormat lagi..die sekarang ni dah melanjutkan pelajaran dia...walaupun x de la pegi blaja kat universiti.....tapi seakan-akan universiti gak...hari ni adalah hari pertama si adik ni melangkah pegi ke sekolah dengan berbekalkan baju sekolah yang baru (kecuali kasut)sebab masih baik untuk pengajiannya di  'SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI PEREMPUAN MELAKA...dalam aliran tingkatan 6 dalam kos 'KEMANUSIAAN'...

first day just fine...biasa-biasa jew...cume si adik ni dapat tambah kenalan die...sebab budak sekolah tun tijah dan durian daun ade masuk kat skolah tu...hari ni aktiviti yang dijalankan agak bosan cikit sebab ade taklimat pasal subjek-subjek yang boleh pelajar-pelajar ni ambil...si adik ni dah pilih dah subjek ape yang die nak ambil semasa di f6...si adik ni nak amik pengajian perniagaan dan juga sejarah...

walaupun subjek yang si adik ni amik nampak macam susah je...tapi nak wat camne..dah name pon study..nak x nak kene gak la tempoh....sebenarnye masa si adik ni dapat tahu jew yang die ni dapat masuk f6...memang si adik ni betul-betul x nak pegi sebab nak tunngu upu..tapi bila result upu dah keluar...si adik dapat jawapan yang mengecewekan...si adik tidak layak untuk masuk...

jadi si adik ni tidak lagi ingin melepaskan peluang yang sedia ada di depan mate...si adik masuk ke f6 dengan hati yang redha...bila si adik mendengar taklimat daripada guru-guru yang mengajar f6 ni si adik telah membuka mindanya dengan luas....si adik juga telah mengubah pendirian dia berkenan dengan f6 sejak 'danial megatakan yang f6 is better'...u tq sesangat....

bagi kengkawan si adik yang mengatakan f6 ni susah dan nak-nak lagi kene pakai baju skolah dan dapat skolah yang pernah die duduki si adik harap korang ubah lah pemikiran korang...kalau korang nak taw bahawasanya f6 ni mempunyai kelebihan....

1:60% kemasukan ke universiti diberikan kepada f6
2: tempoh blaja hanya 1 1/2
3:sukatan pelajaran setaraf universiti
4:bila dah abis stp boleh terus sambung dengan degree
5:sijil stp lebih tinggi daripada diploma
6:boleh gunakan sijil stp untuk mohon pekerjaan

rasanya tu jew kot...dah x ingat lorh...erm ok la...pegi dulu..nak tido...esok skolah...

(^_*)

Isnin, 2 Mei 2011

Kesengalan di pusat membeli belah


haha...tengok tajuk pon macam bengong kan?..itu namanye takde koje...hehe...sambil-sambil kot...datang angen pulak nak buat keje gile...saksikan jelah ye...ini antara aksi aksi yang sempat dirakamkan...tengok jelah ek sengal ke tidak...layan~


IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIIIIIIII
IIIIIIIIIII
IIIIIII
IIIII
I






































THE END

(*^_^*)