Selasa, 17 September 2013

pabila tangan pijau

hye..assalamualaikum...

lamanya aku tak update blog..hehehehe..sorrylah bukan sebab apa tak nak update sebabnya laptop buat hal..harini laptop dah baik..so meh ler kita update blog ni..

entry kali ni sebenarnya nak share satu petua..petua-petua orang dulu yang sampai sekarang rasanyalah diamalkan lagi..petua ni sebenarnya bukanlah petua kecantikan pon..petua untuk pengetahuan sebenarnya..ada sesetegah daripada kita yang tahu tentag petua ni dan ada sesetengah daripadanya tak kurang tahu tentang petua ni....

sebelum aku start cerita tentang petua ni semuanya..nak ler jugak tau tentang ada tak dalam kalangan kita yang setiap kali blender cili tangan rasa pijau??pijau tu dalam versi melaka tapi ejaan sebenarnya ialah pijar...ok macam mana ek nak describe pasal pijau ni??aku sendiri blur tak tahu nak explain but bagi mereka mereka yang selalu blender cili rasanya tau kot pijau tu ape...

biasanya pijau ni akan terasa bila kita dah lepas blender dan dah basuh tangan..lepas je basuh..kan? hehehe aku tau pasal tu sebabnya selalulah jugak kene..hehehehe...ok back to story..mengikut pengalaman aku sendirilah ea bila tangan aku dah start rasa pijau tangan aku sendiri yang tukar menjadi satu tompokan kecil colour merah..lepastu kalaulah terpegang dekat tempat lain contohnya macam leher or muka pon akan menjadi merah...perghhhhhhh tuhan je yang tau azabnya (copy ayat ni dari nenek aku) *peace

bila jadi macam tu semua kerja tak akan jalan sebabnya akan terasa bahang dekat tempat yang pijau tu lah..
so cara untuk meyelesaikannya ialah kalau tangan kiri yang terasa pijau makanya hendaklah kita basuh kaki kanan dan sekiranya tangan kanan yang terasa pijau hendaklah kaki kiri yang kita basuh...selain itu,kalau bahagian macam mata tu pon korang buat benda yang sama..kalau mata kiri yang terasa pijau maka kaki kanan kene basuh dan sekiranya mata kanan yang pijau kenelah basuh kaki kiri...dan kalau pijau tu still terasa lagi hendaklah kita basuh dengan lebih lama lagi....lagi satu dah kalau dua dua tangan yang pijau apalah salahnya kan tadahkan je kedua dua belah kaki tu dekat air..lepastu insyaallah pijau tu akan beransur hilang...

petua ni sebenarnya mak aku yang bagi tahu...yelah selalu sangat lepas je blender cili tangan rasa pijau..ada banyak lagi petua petua lama yang mak tahu..so untuk tahu petua petua yang lain tunggu jelah next entry ok...nanti aku share lagi....

bagi mereka mereka di luar sana..cubalah amalkan..mana tau berkesan ke..tapi sepanjang pengalaman aku sendirilah memeng berkesan..kalau tak berkesan buat apa nak share kan??? hehehehe...sharing is caring maaaaa.... tak luak pon ilmu kalau kita kongsi sama-sama...oklah cukup kot entry ni..nanti nanti i update lagi ok...

byeeee semua..sayang manja dari kami si cubby :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan