Sabtu, 19 Oktober 2013

selamat hari raya korban

holla holli

assalammualaikum...

sebulan dah tak update entry baru untuk blog ni..tak tau dah nak letak alasan apa sebabnya semua alasan dah pernah bagitau..hehehe tapi nama pon manusiakan penuh dengan 1001 alasannya...ada yang rasional or boeh diterima dek akal dan ada yang tak rasional...ok enough bebeh menceceh..yang pastinya mukadimahnya takde kene mengena...

rasanya dah terlambat kot nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk anda anda dan anda semua..selalunya orang panggil raya aidiladha or selalu dipanggil raya haji tapi aku selalu panggil raya korban..senang,ringkas dan padat..hahahaha dah macam tagline polis pulak rasanya...raya korban rasanya korang semua faham kan?yelah senang apa nak panggil nama macam tu..dah sah sah raya korban ni kita melakukan ibadah korban..

tahun ni tahun rezeki untuk kami owner of this blog sebabnya tahun ni babah ade buat ibadah korban dan babah ade masukkan sekali nama kiteorang..tahun ni babah kongsi lembu dengan adik dia..hajah ani or lebih mesra bik ani tapi aku dengan die kiteorang pakai nama panggilan lain..aku anzalna dan dia khillafairy..hahahaha..tak anggak kan?hehehe well *jongket bahu...

biasanya kalau kita nak buat ibadah korban dan binatang yag nak dikorbakan tu contohnya lembu makanya kene masukkan 7 nama...oleh sebab itu,babah masukkan 5 nama iaiatu nama babah,nama mak,nama si adik,nama si kakak dan juga nama anak buah kami darrell...khillafairy pulak masukkan nama dia dan juga nama suami dia..macam tahun tahun sebelum ni tak kisahlah babah or sesiapa sahaja adik beradik babah yang buat korban yang pastinya rumah kiteorang yang akan paling 'berkepau'...sebabnya peralatan seperti besen,pisau,dan sebangainya yang digunakan untuk melapah lembu ni dah memang sedia ada lengkap dalam rumah aku ni..lepas dah melapah lembu mestilah nak makan kan..so ulang tulang lembu tu semua akan dijadikan sup untuk dijamah seisi keluarga..lagi satu rumah aku ni memang lengkap dengan semua..cakap je nak apa periuk besar,kuali besar apa je semua ada..dah macam katering pon ada..senang cakap kalau nak buat kenduri dah tak payah pening..hahaha

ouh lupe nak cakap kiteorang buat makan makan lepas melapah tu bukannya daging daging tu semua kiteorang conquer tapi dah selamat diagihkan kepada semua jiran jiran...buat apa nak simpan kalau simpan pon peti tak cukup..hehehe....meriah raya korban tahun ni..alhamdulilah..berkat mungkin...banyak pula huraiannya..nak rehat kejap so korang semua layanlah dulu gambar gambar ni..

hulu balang dah berjaya tumbangkan lembu


sebelum disembelih kita takbir dulu


bila terputusnya urat merih dengan sekali sembelihan





tinggal untuk dilapahkan sahaja

insyaallah lembu ni akan menjadi kenderaan untuk kami kami ke syurga nanti...hehehehe...

p/s: sebangai peringatan..binatang yang dijadikan korban tidak elok dikasihankan kerana apabila ada terasa kasihan maka hukumnya akan menjadi haram untuk dimakan..


rasanya tu je kot cerita hari raya korban..takdelah menarik sangat..biasa biasa je dan sememangkan keadaan raya korban sama saja dari dulu hinggalah sekarang..oklah nanti nanti ada masa akan aku update banyak banyak entry yang lebih menarik..sampai ketemu ya pak...selamat malam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan