Ahad, 20 Oktober 2013

tourist guide

hye hye hye....

assalammualikum semua...

kali nak cerita pasal first time kot jadi tourist guide...hehehe tak ingat sebenarnya dah berapa kali tapi untuk yang bebetulnya kali ni..selama ni bukan aku yang jadi pemandu pelancongnya tapi along sebab along lagi expert jalan jalan dekat melaka ni dari aku..kerja aku hanya follow je along..nama je orang melaka aku ni tapi kebanyakkan jalan semua tak tau..tapi bila dah sampai dekat tempat yang dieorang request barulah tau...

sebenarnya takdelah plan sangat nak jadi pemandu pelancong ni tapi disebabkan staff babah nun jauh tu dari sabah datang ke melaka adalah lebih baik bawak dia jalan jalan ronda ronda melaka...ni first time staff babah datang melaka so baglah kenang kenangan sikit...staff babah ni datang ke semenanjung ni bukan suka suka tapi ada urusan...anak dieorang konvo dekat uthm..jalan dari rumah aku nak ke uthm tu takdelah jauh sangat..so babah offer staff babah ni untuk stay dekat rumah kiteorang..babah cakap tak payah nak booked hotel semua..dieorang stay dekat rumah kiteorang ni untuk 5 hari...3 hari awal staff babah ni dah bz untuk uruskan hal anak dieorang yang konvo tu..

sehari sebelum flight dieorang untuk ke sabah babah ade ingatkan kiteorang untuk bawak dieorang pusing pusing melaka..kebetulan masa tu babah kerja dekat kuala lumpur,along sekolah dan tinggal dekat rumah hanya aku (si adik),adik dan mak..mulanya along plan dengan cik hassan untuk pusing pusing melaka dengan adik je..last last sampai ke zohor tak pergi lagi...plan tukar lagi bila mak suruh aku join sekali..aku pon ok jerrr..tapi masa tu terfikir yang sepupu a.k.a jiran sebelah rumah ni tak pernah ronda ronda melaka aku pon ajaklah dia join sekali...

kiteorang konvoi dengan cik hassan..naik 2 kereta..aku(si adik),along,mak dan jila(sepupu) naik satu kereta manakala adik denga familycik hassan naik satu kereta...tempat yang pertama sekali sejak wife cik hassan nak sangat pergi masa mula mula sampai melaka ialah nak tengok kereta lembu..



tapi pada masa ni kereta je ada lembunya takde..mungkin lembu cuti kot..hehehe...kiteorang pon pergilah ke tempat seterusnya..tempat kebanggaan orang melaka iaitu bangunan merah...tapi masa ni kamera dekat tangan aku..kiterorang semua berpecah jadi yang ada gambar dalam kamera ni gambar aku dengan jila je...






aku dengan jila ade naik bukit st.paul tapi masa tu tak sempat pulak nak snap gambar..megah sebab naik bukit dan daki tangga yang banyak sangat tu..naik kemain mengah tapi kalau turun tulah yang paling laju..sesiapa yang pernah naik mesti tau..sebelum deside untuk pergi tempat lain ade jugak snap beberapa keping gambar dengan cik hassan sekeluarga tapi masa ni along je jadi wakil sebab masa tu kaki aki dah kene gigit dengan semut api..haishhh


bila keputusan sepakat dah dibuat kiteorag pon bawaklah cik hassan ni pergi ke masjid selat..masjid kedua yang menjadi kebaggaan orang melaka..masjid yang pertama tentu tentulah masjid negeri..dekat sini banyak gambar yang kiteorang amik...








sekian sahaja cerita untuk kali ini..hehehe..penutupnya best jugak jadi pemandu pelancong ni walaupun ade sesetengah tempat yang tak pernah pergi..orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..lepas dah edit balik apa yang aku dok mengomel untuk entry ni baru perasan yang entry kali ni banyak upload gambar...hope korang semua enjoy dengan gambar gambar ni semua ok...

daaaa...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan