Rabu, 12 Disember 2012

12.12.2012 - freedom day


halloooo....


tengok tajuk pon rasanya korang akan tahu..lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru saja tamat exam macam aku ni..Alhamdulilah akhirnya tamat sudah exam STPM aku.. hampir sebulan jugaklah bertarung dan perah otak dengan kertas exam dan akhirnya inilah saat yang dinantikan oleh kami-kami (sapa yang amik exam la)..  exam start 19.11.2012 - 12.12.2012 --> harini ok :D

apa yang dikatakan pasal FREEDOM ni sebenarnya disebabkan kami-kami ni tidak lagi harus untuk memakai baju sekolah .. tak payah lagi pergi sekolah ... tak ada lagi kerja sekolah dan lebih best lagi tak kene marah dengan cikgu  hahaha... tapi dah besar-besar ni pon ade ke yang kene marah dengan cikgu ?? maybe ada kot..

itu yang bestnya pasal FREEDOM .. yang tak bestnya pulak kita dah tak ada masa lagi untuk 'berjimba-jimba' dengan kawan-kawan kita .. tetap akan jumpa tapi tidaklah sekerap seperti zaman persekolahan .. lepastu tak dapat lagi nak makan sama-sama .. pergi kantin sama-sama .. apa lagi ?? hah tak dapat tidur sama-sama dalam kelas (tapi tu aku la) hahaha ...

bila kita dah tamat zaman persekolahan ni memang akan rasa sedih.. kalau korang tengoklah kan kebanyakan mereka yang telah melepasi zaman persekolahan ini pasti mereka akan mengatakan bahawa zaman persekolahan merupakan zaman atau memori yang sukar untuk dilipakan .. PASTI sangat-sangat sebab apabila kita sudah melepasi zaman itu kita akan bertambah sibuk untuk menguruskan kehidupan kita.. pada masa itu jugaklah kita akan rasa "kalaulah boleh diputarkan masa,nak kembali ke zaman sekolah" percaya tak ?? kan ?? hahaha dah agak dah sebab aku dah merasainya dan dah dengar pon cerita dari mereka-mereka ni.. haha apa nak buat kan ? kita tak mampu untuk kembali ke zaman silam ... mana ada mesin masa ? lainlah kalau doremon .. hahaha

tapi apa yang pasti sekarang ni kau merasakan yang kepala aku dah kurang rasa serabut untuk memikirkan segala hal berkaitan dengan exam ... dalam tempoh untuk menunggu result ni aku rasa baik aku kosongkan fikiran aku yang dah hampir 2 tahun kusut rasanya .. so let's sit back and rileks and enjoy ..

tata guys..

XOXO 
 

^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan